Dancing Bunny.

ini kah kawan???

Saturday, 3 December 2011 @ 21:47 | 0 Comment [s]

Biasalah berkawan, kadang-kadang tu kita kecil hati dengan perlakuan kawan kita tu. Selalunya tak ada pun nak cepat sangat terasa hati. Tapi bila terasa hati tu… Kita menjauhkan diri sekejap dari kawan kita tadi tu. Cumanya sampai bila perlu berjauhan dan bertegur?
Aku juga manusia biasa. Kadang-kadang OK. Kadang-kadang KO. Selalunya bila aku terasa hati dengan kawan-kawan aku juga akan menjauhkan diri dari mereka untuk seketika. Tapi kebiasaannya tak lama. Bila hati dah sejuk, jumpa dengan kawan tadi tu tegur la macam biasa.
Dari pengalaman aku sendiri, ada orang tertentu yang mana aku boleh berkawan dengan mereka. Tapi tak boleh duduk lama-lama (berdekatan) dengan mereka tu. Kadang-kadang perlakuan mereka memudahkan suhu badan naik.
Aku boleh berkawan dengan sesiapa sahaja sebab aku percaya setiap orang mempunyai kualiti dalam diri mereka sendiri. Sentiasa ada sesuatu yang baik boleh aku pelajari dari mereka ni.
Kadang-kadang ada orang yang pandai dalam pelajaran tapi dalam bab komunikasi kurang. Ada pula yang kurang dalam bab belajaran tapi hebat dari bab komunikasi. Dalam apa jua keadaan mereka tak kan belot dengan kawan mereka.
Kalau nak diikutkan ada saja perkara yang boleh diambil iktibar dari kawan-kawan kita ni. Cumanya kita perasan ataupun tidak dengan kualiti dalam diri kawan kita tu.
Walau apa pun alasan aku berkawan dengan seseorang, aku tak kan berkawan dengan mereka semata-mata untuk mengambil kesempatan di atas kelebihan kawan aku tu.
Alasan tu tak cukup kuat dan kawan bukanlah alat untuk dipergunakan macam tu. Kawan kita tu ada hati dan perasaan, kalau kawan kita tu tahu kita berkawan dengan dia semata-mata kerana nak ambil kesempatan di atas kelebihan dia nanti kecik hati pulak dia.
Tapi,semua ni terbalik.Aku cuba menjaga perasaan kawan-kawan aku..Tapi tidak berguna aku menjaga perasaan kawan-kawan aku itu..Mereka semua mengabil kesempatan terhadap aku ketika aku menjaga perasaan mereka...
Ini ke balasan aku menjaga perasaan mereka??ini ke nama nya kawan???bagi aku ini semua bukan lagi satu bahan lawak..Sedangkan aku tanya mereka''kenapa korang semua buat aku macam ni??"
Mereka jawab"kau ni matang lah sikit,jangan jadi macam budak kecil..benda ny pon kau nak marah-marah.."Mereka tidak tahu macam mana sakait nya hati aku bila aku tahu mereka mengabil kesempatan terhadap aku.
Aku rasa sangat kecewa mempunyai kawan selama ini aku anggap macam adik beradik aku sendiri..Hanya ALLAH saja tahu bagai mana pedih nya hati aku permain-main kan....


Older Post | Newer Post
The Disclaimer



Hi peeps. I'm Aishah..hello introductions


Navigations!

Diary About Site


Let's Talk!


The Credits!

Template by : Aimuni Nadeera
Full Edited : Noraishah